Want your
own Fotopage?






 
Kerawang
Kerawang
By: Azril Azmil

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-May-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
Nora & Iwan

 
 
 
View all 12 photos...

Marang, Terengganu
30hb April 2006


Sunday, 23-Apr-2006 05:26 Email | Share | | Bookmark
Fiesta Media Idola 2006

Oiii..jalan cepat sket
Aku pakai merah sgt ker?
Rossa & Melly sibuk nak menjawap soalan
View all 55 photos...

Kuantan, Pahang
14hb - 16hb April 2006

Pesta Media Idola 06, mmg pesta betul!! Tempat berkumpulnya para artis2 Malaysia, dan beberapa jemputan artis Indonesia. Aku pegi sana mmg utk tangkap gambar event ni, di samping family aku pon nak tgk perjalanan pesta sukan artis ni. Especially mak aku yg nak tgk sgt Mawi, adik aku nak tgk Yazer n Ekin, bapak aku plak nak tgk Rossa dan Jack nak tgk awek2 cun..

Au hanya dapat pegi masa opening dan beberapa event sukan yang berlangsung, oleh disebabkan pada hari Isninnya aku bekerja, aku terlepas utk tgk closing. Walaumacamana pon, itu dah cukup utk aku, banyak shots yg aku dpt. Aku bukan official fotografer pon, tapi aku dapat la jgak menyelit masuk ke dalam kawasan event2 tuh. Dgn berbekalkan DSLR aku, dgn beberapa zoom lens yg panjang, di tambah plak dgn gaya2 macam photographer pro dan sedikit berani2 poyo, dgn selambanya aku melepasi masuk ke setiap event. Dapat la aku shoot artis2 ni dgn lebih dekat, mmg dekat habis beb, sampai bulu idung pon dapat capture.

Tapi peluang bergambar bersama Mawi n Siti mmg aku tak lepaskan. Sbenarnya diorang beriya2 nak tangkap gambar ngan aku, aku terpaksa la beralah. Antara lain selebrity yg ada ialah Hans Isaac, Nana, Serina, Norman Hakim, KRU, Zahid, Lisdawati dan banyak lagi la kalau nak sebut satu2.

Kat sini jgak aku berkenalan dgn beberapa fotographer fotopages, diorang ni pon cam aku jgak, main redah je masuk. Mmg friendly derang ni, tarak sombong punya, antaranya Dr. Junaidy, Daniel dan Tarantula dari monsoon.fotopages, dan Ghazali dari gezzeg.fotopages. Ada jgak beberapa fotographer dari media yg aku baru kenal, antaranya ialah Penyu, dari Berita Harian, apsal nama dia penyu pon aku tak tau. Penyu sudi meminjamkan aku utk try dia punya L series punya lens, mmg stim siot.

Kpd bebudak FP n fotographer yg aku jumpa kat sana, keep in touch, smoga berjumpa lagi di lain event ...




Wednesday, 12-Apr-2006 03:04 Email | Share | | Bookmark
Hafizah & Shahrin

 
 
 
View all 18 photos...

Bagan Datoh, Perak
12 March 2006


Hafizah, budak solehah keje satu opis ngan aku. Berjawatan sebagai account exec, mmg disenangi ramai kat sini. Majlis resepsi Fizah berjalan dengan lancar di satu kampung di area Bagan Datoh. Punya la jauh, dekat 3 jam aku drive nak ke sana. Tapi disebabkan sepanjang perjalanan aku ke sana ada banyak pemandangan yg cantik, jadi aku tak kisah, memang rasa tenang n rileks.

Ada beberapa menda yang aku suka pasal majlis ni, antaranya pasal majlis ni start awal, lebih kurang pukul 12, habis pon awal, dalam pukul 3. Tak la macam sesetengah wedding tu, pukul 6 petang pon ada org nak dtg lagi. Lagi satu yg aku suka ialah smangat gotong royong org kampung Fizah ni, diorang siap boleh buat satu dewan wakaf yg pasang siap, diperbuat dari kayu..punyala kreatif dan praktikal. tujuan dewan wakaf ni ialah untuk tetamu perempuan menjamu makanan, jadi terasa la lapang dan sejuk je kat dalam tuh. Habis je majlis, org kampung bukak balik wakaf ni.

Fizah kalau kat opis mmg tak pakai mekap, tapi bila masa majlis ni, dia ada la bubuh mekap kat muka dia, mmg jadi lain beb. Tu la org cakap, pompuan ni kalau sesekali pakai mekap mmg org akan nampak cantik punya. Husband dia, Shahrin, pon tak kurang hensemnya.Dengan perpakaian putih, mg nampak cam suci je..hehehe.. Apa2 pon tahniah la pada pengantin ni, dan trima kasih pasal sudi mengupah aku jadi fotographer.


Sunday, 9-Apr-2006 07:57 Email | Share | | Bookmark
Studio

Manis...
Macho.
Bersatu...
View all 11 photos...

Butik CT Roses, UO Plaza Kuala Lumpur
11 March 2006


Sunday, 9-Apr-2006 07:25 Email | Share | | Bookmark
Drag Queens @ KTVJ Annual Dinner

Wati, Danisha & kawan
Pose bersama Ijam the videoman..
Bersama Abg Joe the otai..
View all 16 photos...

Hotel Equatorial, Bangi
25hb February 2006


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net